All News

PROGRAM SAYANGI BUMI KITA ‘ TIME TO LOVE NATURE’

PROGRAM SAYANGI BUMI KITA ‘ TIME TO LOVE NATURE’

Bumi hijau merupakan satu usaha yang dapat memastikan bumi kita selamat daripada kemusnahan. Oleh itu, kesedaran ini wajar dipupuk di peringkat awal usia kanak-kanak agar mampu membentuk generasi baharu yang cintakan alam sekitar.

Institut Pengurusan Kualiti dengan kerjasama Tadika Ikhtiar Pintar 1, Taman D’Palma Changlun telah mengadakan satu program Sayangi Bumi Kita yang bertemakan ‘Time to Love Nature’ untuk memupuk kesedaran dalam penjagaan alam sekitar dikalangan kanak-kanak dengan cara mengajak anak-anak tadika untuk ‘jom tanam pokok’ pada 19 Disember 2022 (Isnin) jam 9.30 pagi bertempat di Tadika Ikhtiar Pintar 1.

Melalui program tersebut juga kanak-kanak didedahkan dengan barangan-barangan yang boleh dikitar semula antara seperti botol pencuci boleh dikitar semula menjadi pasu bunga yang cantik dan menarik dengan pelbagai kreativiti.

Program ini melibatkan 40 orang kanak-kanak tadika tersebut yang berusia 6 dan 5 tahun. Objektif utama program adalah untuk memberi pengenalan kepada anak-anak tentang kepentingan memelihara dan menjaga alam sekitar. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Puan Siti Hajar Mat Isa, Pegawai Tadbir IPQ. Hadir sama Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin, Pengarah Institut Pengurusan Kualiti bersama menjayakan program tersebut.

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Syarikat Alphamatic Universal Enterprise telah menaja cenderamata kepada pelajar tadika dan beberapa anak pokok  untuk ditanam dalam program tersebut.