All News

UUM JALANI AUDIT AKREDITASI PENUH

UUM JALANI AUDIT AKREDITASI PENUH

Universiti Utara Malaysia (UUM) menjalani audit akreditasi penuh Program PhD Penambahan National Education Code (NEC), di Pusat Pengajian Siswazah (PPS), baru-baru ini.

Dekan Kanan, PPS, Prof. Dr. Norhafezah Yusof yang juga Dekan, Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS) berkata, UUM telah menawarkan program PhD sejak tahun 1991 dan menghasilkan graduan PhD kohort pertama pada tahun 1996 seramai enam orang.

Jelasnya, program PhD UUM telah menerima akreditasi penuh daripada Malaysian Qualification Accreditation (MQA) dan Sehingga Disember 2022, UUM telah melahirkan seramai 2,553 graduan PhD dalam pelbagai bidang pengajian dari dalam dan luar negara.

“Sebagai proses jaminan kualiti berterusan kepada program PhD sedia ada, UUM melalui Unit Swaakreditasi dengan kerjasama PPS dan Academic Excellence Development Unit (AEDU) telah menjalankan proses audit bagi tujuan penambahan National Education Code (NEC) bagi bidang pengajian,” katanya yang menyampaikan Taklimat berkaitan program PhD UUM kepada panel audit.

Ujarnya, proses audit tersebut melibatkan 10 panel penilai audit dari universiti awam antaranya Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) yang merupakan pakar bidang.

“Seramai 60 auditee terlibat dalam proses audit kali ini yang terdiri daripada penyelaras, penyelia dan pelajar program PhD UUM. Sesi temuduga bersama auditor telah dilaksanakan mengikut NEC yang dipohon dan dijalankan secara bersemuka dan juga dalam talian menerusi aplikasi Webex.

“Sepanjang dua hari lawatan audit, pihak UUM sentiasa terbuka terhadap apa juga cadangan dan teguran konstruktif yang dikemukakan oleh auditor bagi penambahbaikan program PhD di universiti ini,” ujarnya.  

Mesyuarat pelarasan dapatan audit bersama semua panel audit telah dimoderasikan oleh Pengarah Unit Swa Akreditasi, UUM, Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin.

Sekretariat audit dan penyelaras program PhD daripada pelbagai bidang pengajian juga sentiasa bersedia memberikan maklumat terkini dan dokumen rujukan yang diperlukan oleh panel audit sepanjang tempoh tersebut.

Terdahulu, sesi pembukaan audit dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed yang mengalu-alukan kedatangan para panel audit.

Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua panel audit dan  berharap sesi audit kali ini dapat membantu UUM untuk memperkasakan program PhD sedia ada sekali gus menjaga kepentingan semua pemegang taruh.