All News

IPQ KONGSI PROSES PENGURUSAN KUALITI BERSAMA DELEGASI FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN, UKM

IPQ KONGSI PROSES PENGURUSAN KUALITI BERSAMA DELEGASI FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN, UKM

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Pengurusan Kualiti ke Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), baru-baru ini.

Delegasi tersebut diketuai oleh Timbalan Dekan Prasiswazah/ Pengerusi AACSB, Prof. Madya Datin Dr. Nor Liza Abdullah bersama 24 staf pentadbiran dan akademik.

Pada perjumpaan itu, Timbalan Pengarah, Bahagian Kualiti, Prof. Madya Dr. Ku Maisurah Ku Bahador memberi perkongsian tentang proses pengurusan kualiti yang dijalankan di UUM.

Beliau turut berkongsi tentang Sistem Pelaporan Audit Dalaman yang akan dilaksanakan di UUM pada tahun ini bagi memudahkan proses pengurusan audit. Impak kepada sistem tersebut dapat menjimatkan masa dan mudah diakses semasa proses audit SIRIM.

Menurut Dr. Nor Liza, UKM juga melalui proses yang sama dalam pelaporan audit dalaman tetapi ianya tidak disistemkan seperti UUM.

Mereka turut mengagumi pelaksanaan sistem yang digunapakai di UUM secara menyeluruh dan memudahkan proses kerja urus setia yang berkualiti.