All News

AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001: UUM TIADA NCR, 3 OFI

AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001: UUM TIADA NCR, 3 OFI

Keputusan proses audit pemantauan MS ISO 9001:2015 yang berakhir hari ini mendapati Universiti Utara Malaysia (UUM) tiada penemuan pernyataan laporan ketakakuran (NCR), hanya ada tiga penambahbaikan (OFI).

Ketua Juruaudit daripada pihak SIRIM QAS, Puan Maznah Mat Isa mengumumkan perkara berpenaan dalam majlis penutup audit di Bilik Mesyuarat Senat UUM, petang tadi.

Beliau sebelum itu menyatakan perasaan berpuas hati di atas kerjasama pihak pengurusan utama dan kesemua PTJ yang terbabit dengan proses pengauditan.

Naib Canselor UUM Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan melahirkan rasa syukur dan berpuas hati dengan audit yang dijalankan termasuk mengucapkan terima kasih kepada semua barisan panel auditor khususnya jabatan-jabatan di universiti ini.

“Kita juga bersyukur kerana dalam penilaian ini kita tiada sebarang NCR dan ini mencerminkan pengurusan kita baik dan bersistematik, cuma beberapa perkara perlu penambahbaikan untuk menjadi lebih sempurna,” katanya.

Sepanjang pasukan ini berada di universiti selama tiga hari, pihak UUM sentiasa terbuka terhadap apa juga cadangan dan teguran yang dikemukakan oleh pihak SIRIM bagi penambahbaikan sistem pengurusan kualiti di universiti ini.

Selain Puan Maznah, dua lagi auditor yang audit pemantauan MS ISO 9001:2015 ialah Lt. Kol (B) Abd Lataf Daud dan Dr Shahanif Hj Hasan.

Dr Mohd Foad turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dekan-Dekan Pusat Pengajian, Ketua-Ketua Pusat Tangggungjawab dan Sekretariat Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), yang telah membantu dalam melancarkan proses audit yang berlangsung sepanjang tiga hari.

Hadir sama dalam majlis penutup adalah Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr. Russayani Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Dekan-Dekan Pusat Pengajian, Ketua-Ketua Pusat Tangggungjawab dan Sekretariat Institut Pengurusan Kualiti (IPQ).