All News

SLOGAN CIPTAAN STAF UUMIT MUNCUL SLOGAN TERBAIK EKSA

SLOGAN CIPTAAN STAF UUMIT MUNCUL SLOGAN TERBAIK EKSA

Slogan ‘Suasana Kondusif, Kerja Efektif’ ciptaan staf UUMIT, Nor’Azzah Yusoff muncul sebagai slogan terbaik dalam Pertandingan Slogan EKSA Universiti Utara Malaysia (UUM) anjuran Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) yang diadakan baru-baru ini.

Pengarah IPQ, Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin berkata, Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) akan direalisasikan buat julung kalinya pada tahun hadapan, justeru pencarian slogan bagi amalan EKSA telah dilakukan di mana pertandingan yang diadakan terbuka kepada semua staf UUM.

Menurutnya, tujuan pertandingan adalah untuk mendapatkan satu slogan terbaik yang akan digunapakai sebagai identiti dalam Amalan Polisi EKSA UUM dan sebagai rujukan dalam pelaksanaan EKSA UUM nanti.

Selain itu, katanya, pertandingan slogan tersebut memberi peluang kepada warga UUM untuk menyumbang idea dan kreativiti masing-masing.

Seramai 62 peserta telah menyertai pertandingan tersebut dan pihak pengurusan IPQ telah melaksanakan saringan dan menyenarai pendek pemenang yang memenuhi kriteria ditetapkan.

Pemenang, Nor’Azzah yang merupakan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Kanan UUMIT telah menerima sijil dan hadiah yang disampaikan oleh Dr. Mohd Haniff di IPQ.