• amalan 5S
  • Picture2
  • qq
  • az
  • setara

announcebaru

TIGA PEMAIN GOLF UUM WAKILI MALAYSIA DALAM UNIVERSIADE 2015

TIGA PEMAIN GOLF UUM WAKILI MALAYSIA DALAM UNIVERSIADE 2015

on .

UUM ONLINE: 1 Julai - Tiga (3) pelajar dari Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia (UUMNGA) akan mewakili Malaysia ke Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Gwangju, Korea Selatan.

Mereka adalah Muhammad Afif Muhammad Razif, 20, Amirul Aizat Abdul Bahar, 22 dan Hilferah Tan, 24 bersama tiga lagi pemain golf bukan dari UUM iaitu Chan Tuck Soon, Loy Hee Ying dan Nur Duriyyah Damian akan mewakili negara dalam acara golf yang mempertandingkan empat pingat emas iaitu individu lelaki dan wanita serta emas untuk pasukan lelaki dan wanita.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak berharap atlet yang mewakili negara dapat mensasarkan untuk memperoleh pingat emas selain menjaga nama baik universiti, kementerian dan negara.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bendera kepada kontinjen UUM yang mewakili Malaysia ke Universiade 2015 di bilik Mesyuarat Naib Canselor, petang semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri pengurus pasukan, Prof Madya Dr. Azman Yasin yang juga Pengarah UUMNGA dan Jurulatih, Wan Rosni Wan Chik serta atlet-atlet yang bakal mewakili negara.

Tambah Naib Canselor lagi, pemilihan ke kejohanan terbesar peringkat universiti dunia ini dibuat berdasarkan pencapaian terbaik mereka pada Kejohanan Golf IPT yang berlangsung pada Mei lalu yang melayakkan mereka terpilih secara merit untuk mewakili Malaysia ke Gwangju, Korea.

"Apa yang lebih menarik Universiade kali ini berlangsung pada bulan Ramadan yang pasti memberi cabaran tambahan kepada atlet yang beragama Islam apabila perlu berpuasa selama 16 jam pada musim panas yang sedang dialami di Korea sekarang. Saya berharap para atlet dapat menjaga pemakanan dan kesihatan untuk mencapai tahap stamina yang tinggi," ujarnya.

Acara golf tidak dipertandingkan dalam Universiade yang diadakan di bandar Kazan (Tatarstan, Russia) pada 2013, justeru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meletakan sasaran pingat bagi pasukan golf pada temasya kali ini iaitu sasaran pingat bagi memperbaiki kedudukan tempat ke – 4 berpasukan lelaki pada World University Golf Championship (WUC) yang berlangsung di Switzerland pada tahun 2014.

Bagi merealisasikan impian tersebut pasukan golf telah memulakan latihan pusat yang intensif bermula pada 23 Jun sehingga 1 Julai berpusat di UUM sambil dipantau oleh Prof Madya Dr. Azman Yasin dan Wan Rosni Wan Chik yang bertanggungjawab untuk memastikan persiapan dan kesihatan atlet berada dalam tahap yang terbaik.

Segala program latihan yang diatur telah dilaksanakan dengan baik dan bagi fasa terakhir ini tumpuan lebih diberikan pada kekuatan mental,check routinedan sasaran atau objektif (goals).

Temasya olahraga dwi tahunan ini adalah medan terbaik untuk atlet universiti mengembangkan bakat dalam bidang sukan masing-masing dan akan berlangsung pada 3 hingga 14 Julai ini.

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

 footer ci uum

newspaper2

Other News                                                                

MAP

Contact Us

QUALITY MANAGEMENT INSTITUTE

Universiti Utara Malaysia

06010 UUM Sintok, 

Kedah Darul Aman, MALAYSIA. 

Tel: +604-928 4651 / 4655

Fax : +604-928 4660 

Email:ipq@uum.edu.my

Webmaster: Siti Hajar Mat Isa

 

CONNECT

 logo facebook  twitter  scribd
 youtube  instagram  

New Publication

Strategic Plan Fasa 2 Jan Jun