LATAR BELAKANG

on .

LATAR BELAKANG

Seminar integriti, kualiti, inovasi dan kreativiti (SIQIC) adalah program tahunan anjuran Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang bermula dari tahun 2014.

Seminar ini diadakan untuk membincang serta membahas perkara-perkara berkaitan integriti, kualiti, inovasi dan kreativiti bagi penjawat awam dan swasta dalam usaha mengenalpasti kaedah terbaik dalam perkhidmatan berprestasi tinggi.

Di samping itu, IPQ-UUM berhasrat untuk turut serta dalam penganjuran seminar berimpak tinggi sejajar dengan pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2015-2025.

Seminar ini juga turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik Seberang Perai.

OBJEKTIF

Objektif seminar ini antara lain adalah untuk:

- Memperkenal serta menjelaskan konsep-konsep integriti, kualiti, inovasi dan kreativiti kepada penjawat awam dan swasta;

- Mengupas isu dan cabaran berkaitan integriti, kualiti, inovasi dan kreativiti dalam tadbir urus sektor awam dan swasta;

- Mengenalpasti amalan terbaik berkaitan integriti, kualiti, inovasi dan kreativiti dalam tadbir urus sektor awam dan swasta; dan

- Menyediakan ruang kepada warga sektor awam dan swasta dari kumpulan pengurusan atasan hingga ke kumpulan pelaksana berkongsi maklumat, idea, pengalaman dan permasalahan di dalam satu majlis yang sama; dan memberi ruang dan peluang kepada IPQ-UUM untuk menjana sumber pendapatan tahunan.