• audit sirim
  • qq
  • az

announcebaru

UUM ANJUR KONVENSYEN MINI KIK DAN AMALAN 5S

on .

UUM ONLINE:  Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dato' Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak telah merasmikan Majlis Konvensyen Mini Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE) peringkat universiti yang berlangsung di Dewan Seminar A & C, Kompleks Konvensyen.

"Penganjuran konvensyen ini merupakan proses pembudayaan di dalam universiti, samada ia dibuat secara sukarela ataupun paksaan. Ia mampu menyumbang kepada kecemerlangan universiti dalam usaha mencapai visi dan misi UUM," menurut beliau dalam ucapannya.

Menurut Mustafa lagi, inovasi, teknologi serta daya kreativiti berasaskan ICT akan mengubah dunia yang mana ada di antara jawatan di UUM yang dilihat sudah tidak relevan. Justeru, UUM memerlukan penjawat yang mahir dalam ICT, mampu memahami dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan kepakaran pengurusan untuk UUM 30 tahun akan datang.

Program anjuran Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) dilihat dapat mengenengahkan idea-idea baru dalam perlaksanaan kerja secara langsung agar dapat meningkatkan mutu kerja agar lebih efisien, berkesan dan produktif.

Selain itu, ia merupakan mekanisma yang digunakan untuk meningkatkan kualiti kerja di setiap jabatan di UUM selain ia memberi peluang untuk pekerja UUM menggilap kemampuan dan kebolehan kreatif dan inovatif masing-masing.

Menurut Pengarah IPQ, Prof Madya Dr Haim Hilman Abdullah dalam ucapannya menekankan hasrat IPQ untuk menjadi pusat rujukan dan penyelidikan terkemuka dalam bidang Pengurusan Kualiti yang mana peranan itu signifikan dalam usaha merealisasikan visi universiti untuk menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.

Program ini menutup tirai dengan menobatkan kumpulan Karisma dari IPQ sebagai pemenang jabatan UUM kategori KIK dan kumpulan Smarties dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah bagi kategori 5S/QE. Masing-masing memenangi wang tunai berjumlah RM3000 dan RM2000. Selain itu, Tan Kang Wei memenangi kategori 5S/QE dan Mohd Haris Zakaria kategori KIK bagi peraduan merekacipta poster serta Siti Fairus Hassanuddin untuk kategori MS ISO9001:2008.

Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Hassan Ali; Pendaftar UUM, Mohamad Akhir Yusuf; Dekan Awang Had Salleh Graduate School (AHSGS), Prof Madya Dr Engku Muhammad Nazri Engku Abu Bakar dan pegawai-pegawai UUM.

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

 footer ci uum

newspaper2

Other News                                                                

MAP

Contact Us

QUALITY MANAGEMENT INSTITUTE

Universiti Utara Malaysia

06010 UUM Sintok, 

Kedah Darul Aman, MALAYSIA. 

Tel: +604-928 4651 / 4655

Fax : +604-928 4660 

Email:ipq@uum.edu.my

Webmaster: Siti Hajar Mat Isa

 

CONNECT

 logo facebook  twitter  scribd
 youtube  instagram  

New Publication

Strategic Plan Fasa 2 Jan Jun