INTRODUCTION TO SETARA

on .

PENGENALAN SISTEM PENARAFAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (SETARA)

cx

SETARA adalah penilaian yang mengukur kemampuan universiti awam di peringkat kecemerlangan negara dan juga sebenarnya setara dengan penandaaras di peringkat antarabangsa.

SETARA 2019 menilai beberapa kriteria antaranya keupayaan pensyarah, kewangan yang kukuh, kualiti pengajaran dan pembelajaran serta hasil penyelidikan dan inovasi. Objektif SETARA ialah untuk membantu universiti membina asas yang kukuh dalam tiga fungsi utama iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan melalui penilaian mengikut metrik kriteria.

Penarafan SETARA penting kerana UUM boleh memperbaiki sebarang kelemahan serta mengambil pendekatan strategik bagi meningkatkan prestasi menyeluruh UUM.

Di dalam penilaian SETARA, UUM dikategorikan dalam “mature university” bagi kategori universiti melebihi usia 16 tahun. SETARA hanya akan menilai universiti yang berusia lima tahun dan ke atas. Pencapaian terakhir UUM pada SETARA 2017 ialah lima bintang.

zz

bv