STRATEGIC PLAN

on .

zx  More...

Pelan Transformasi UUM dibahagikan kepada 2 iaitu Fasa 1 – 2011 hingga 2015 dan Fasa II iaitu 2016-2020. Pada Fasa I, universiti telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk meletakkan UUM sebagai universiti terbaik negara dalam bidang Pengurusan manakala pada Fasa II, agenda utama UUM adalah untuk menjadi sebuah university Pengurusan Terkemuka di persada antarabangsa.

Pelan Strategik UUM Fasa II (2016-2020) merupakan pelan yang dibentuk untuk merangka dan merancang agar setiap agenda dapat dicapai dengan cemerlang serta mempunyai kesinambungan daripada Pelan Strategik UUM Fasa I (2011-2015).

Perancangan Pelan Strategik UUM Fasa II (2016-2020) telah mengambil kira agenda penting yang telah ditetapkan selaras dengan empat (4) Teras Strategik Utama seperti berikut:

a. Teras Strategi 1:      Peningkatan Kesarjanaan dan Pengantarabangsaan

 b. Teras Strategi 2:      Peningkatan Sumber Manusia dan Pengurusan Bakat 

 c. Teras Strategi 3:      Peningkatan Pelajar Secara Holistik dan Hubungan Alumni

 d. Teras Strategi 4:      Penjanaan Kekayaan

 Pelan Strategik UUM Fasa II (2016-2020) telah menetapkan agenda penting yang telah diambil kira di peringkat universiti, nasional dan antarabangsa seperti berikut:

 a. Agenda Universiti:

-       Pembangunan Sumber Manusia

-       Pembangunan Pelajar dan Alumni

-       Penjanaan Kewangan

 b. Agenda Nasional:

-       SETARA

-       MyRA (Research University)

-       Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) - PPPM(PT).

-       MyMohes

 c. Agenda Antarabangsa:

-       QS World University Rankings

-       QS Stars Ratings

-       UI GreenMetrics Rankings

-       Times Higher Education (THE) Rankings

Fungsi utama:

  1. Membentuk Pelan Strategik UUM.
  2. Mengukuhkan hala tuju UUM melalui perlaksanaan Pelan Strategik UUM.
  3. Menguruskan dan memantau KPI setiap teras dalam pelan strategik.
  4. Memantau kejayaan objektif strategik universiti. Menyediakan buku pelaporan pencapaian pelan strategik dan pelan tindakan UUM.
  5. Membentangkan pencapaian universiti sebanyak 4 kali setahun.
  6. Menguruskan proses pengumpulan dan pengurusan data untuk penyertaan Universiti dalam pelbagai penarafan seperti SETARA, RU, TBS, ASEAN University Network dan lain-lain.
  7. Melaporkan perkembangan berkaitan Pelan Strategik kepada Naib Canselor dari
  8. semasa ke semasa