• IMG 20181025 WA0010
  • IMG 20181025 WA0011
  • IMG 20181025 WA0012
  • Picture1
  • audit sirim 2018
  • Hebahan 5S

announcebarubm

BENGKEL PEMANTAPAN KUALITI AKADEMIK PUSAT PENGAJIAN (MS ISO 9001:2015)

on .

Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah menganjurkan bengkel Pemantapan Kualiti Akademik Pusat Pengajian (MS ISO 9001:2015) pada 23 Oktober 2018 (Selasa) bertempat di Dewan Seminar C, Pusat Konvensyen. Bengkel ini telah berjaya menghimpunkan seramai 125 orang peserta yang mewakili 16 pusat pengajian di UUM.


Bengkel ini menjadi platform untuk menerangkan kandungan Manual Kualiti dan juga Prosedur Kualiti yang berkaitan dengan proses pengajaran sebagai persediaan pusat pengajian dalam menghadapi Lawatan Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM QAS pada 3 hingga 5 Disember 2018.

Melalui bengkel ini juga, para peserta berpeluang untuk bertanyakan soalan dan mendapatkan pencerahan berkaitan proses Audit Kualiti Dalaman (Akademik) yang dilaksanakan di UUM melalui sesi sumbang saran dan perbincangan khusus mengenai Prosedur Kualiti yang berkaitan dengan proses pengajaran.

Dalam ucapan pembukaannya, Pengarah IPQ iaitu Prof. Dr. Nor Aziah Abdul Manaf telah mengingatkan supaya audit dalaman yang dijalankan hendaklah memberi fokus kepada proses pengajaran yang dilaksanakan, bukannya terlalu menumpukan kepada format dokumentasi semata-mata.

Disamping itu, bengkel ini juga diadakan bertujuan untuk melahirkan bakal juruaudit baru yang lebih berkualiti dan berkemahiran tinggi bagi menjalankan Audit Kualiti Dalaman (Akademik) 2019. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Norhani Ariffin (Timbalan Pengarah), Dr. Mohamad Faizal Ahmad Zaidi (Pengurus Jaminan Kualiti Akademik), dan Dr. Logasvathi a/p Murugiah (Pengurus Kualiti).

newspaper2

Other News                                                                

PETA

Hubungi Kami

INSTITUT PENGURUSAN KUALITI

Universiti Utara Malaysia

06010 UUM Sintok, 

Kedah Darul Aman, MALAYSIA. 

Tel: +604-928 4651 / 4655

Faks : +604-928 4660 

Emel:ipq@uum.edu.my

Webmaster: Siti Hajar Mat Isa

IKUTI KAMI

 logo facebook  twitter scribd
 youtube  instagram  

Penerbitan Baru

Strategic Plan Fasa 2 Jan Jun