Kriteria Penilaian KIK

on .

Item Kriteria Penilaian Markah 
Mak.
(a) 
Wajaran
(b) 
Markah 
(Mak. 10)
(a)x(b) 
Markah Berwajaran
1.0 Pengenalan (50 Markah)
1.1 Latarbelakang jabatan, kumpulan dan pemilihan kumpulan diterangkan 20 2    
1.2 Kumpulan membuktikan penyertaan dan keberkesanan perancangan projek 30 3    
2.0 Pemilihan Projek dan Definisi (150 Markah)
2.1 Kumpulan menerangkan dengan jelas bagaimana dan kenapa projek menjadi pilihan 80 8    
2.2 Projek diterangkan dengan jelas. Istilah-istilah teknikal yang digunakan perlu dijelaskan 40 4    
2.3 Penetapan sasaran projek diterangkan dan justifikasinya adalah berdsasarkan analisis yang sesuai atau data/maklumat penanda arasan 30 3    
3.0 Analisis Peluang Penambahbaikan (250 Markah)
3.1 Peluang penambahbaikan telah dikenalpasti berdasarkan data / maklumat mencukupi yang telah dikumpul melalui pelbagai cara dan alat-alat yang bersesuaian 80 8    
3.2 Analisis secara sistematik dan penilaian sebab-sebab yang berpotensi dibuat untuk mengesahkan sebab-sebab tersebut dengan penggunaan alat yang bersesuaian 120 12    
3.3 Pengesahan dan validasi peluang penambahbaikan / sebab-sebab yang dibuat dengan menggunakan pelbagai kaedah 50 5    
4.0 Penyelesaian / Pelaksanaan Kreatif & Inovatif (200 Markah)
4.1 Kumpulan telah mengenal pasti pelbagai potensi tindakan / penyelesaian kreatif dan inovatif 50 5    
4.2 Kumpulan telah menilai setiap penyelesaian alternatif dengan berhati-hati berdasarkan kepada pemilihan akhir berasaskan kriteria yang sesuai (kelebihan dan kekurangan diambil kira) 70 7    
4.3 Kumpulan telah menilai penyelesaian akhir yang kreatif dan inovatif ke atas objektif yang disasarkan 30 3    
4.4 Kumpulan telah membuat dan melaksanakan penyelesaian kreatif dan inovatif dengan jayanya (kesulitan/halangan atau bagaimana ia diatasi, dijelaskan) 50 5    
5.0 Pemantauan dan Penyeragaman (100 Markah)
5.1 Kumpulan telah membuat pemantauan yang mencukupi dan sistematik bagi memastikan penambahbaikan dibuat mengikut susunan dan diselenggara 50 5    
5.2 Kumpulan berupaya membuat pembaikan bagi memastikan penambahbaikan dibuat mengikut susun 20 2    
5.3 Langkah-Langkah telah diambil bagi memastikan prosedur-prosedur baru telah disokong, diguna pakai, didokumenkan dan dikongsi 20 2    
5.4 Tindakan-tindakan telah diambil bagi memastikan prosedur-prosedur baru yang diguna pakai telah diseragamkan dan diselenggara 10 1    
6.0 Pencapaian & Penciptaan Nilai (200 Markah)
6.1 Gambaran jenis-jenis dan kuantum pencapaian dan penciptaan nilai 70 7    
6.2 Penyesuaian sasaran pencapaian sebenar telah dibuat (kos di luar jangkaan dijelaskan) 30 3    
6.3 Pemilihan penyelesaian telah dikenal pasti mengikut keunikan di peringkat syarikat / industri / kebangsaan dan antarabangsa 40 4    
6.4 Kesan-kesan pencapaian dan penciptaan nilai kepada persekitaran, komuniti dan ahli-ahli kumpulan dinyatakan 30 3    
6.5 Kumpulan menyediakan bukti pengesahan dan validasi pencapaian dan penciptaan nilai 30 3    
7.0 Persembahan Projek (50 Markah)
7.1 Persembahan yang kemas, turutan yang logikal dan menepati masa yang telah diperuntukkan 30 3    
7.2 Persembahan yang jelas, penggunaan alat pandang dengar yang berkesan dan pengucapan awam yang baik 20 2    
Jumlah 1000 100