KNOWLEDGE MANAGEMENT PORTAL

on .

Disember 2014 Lagi...

Seksyen ini berperanan untuk membantu UUM merancang dan merencana strategi dengan menggunakan data setempat yang dikawal. Ia bertujuan untuk penyediaan data yang diperlukan oleh Jabatan-jabatan berkaitan, pihak pengurusan atasan universiti serta agensi-agensi luar yang memerlukan maklumat dengan cepat dan pantas merangkumi pelbagai aspek. Pelaksanaan pengumpulan data oleh UPK merangkumi hampir keseluruhan maklumat di dalam UUM seperti data pelajar, data staf, data penyelidikan, data perundingan, data penerbitan, data keselamatan, data kewangan dan data perjanjian.

Fungsi KM Portal ialah :

  1. Bertindak sebagai hub data universiti di mana kesemua data dikumpulkan dan dibekalkan kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.
  2. Memantau kualiti data secara berterusan bagi memastikan hasil analisa data dapat memberi gambaran sebenar terhadap keadaan sebenar universiti.
  3. Mengadakan aktiviti kolaborasi bersama Pusat Komputer dalam menyiapkan sebuah sistem berintegrasi yang menyokong pengurusan universiti, pelan strategik dan RWR.
  4. Memantau dan menyediakan sistem E-strategik untuk menyokong keperluan dalam pelan strategik dan RWR.
  5. Menyediakan buku perangkaan dua kali setahun untuk panduan pengurusan tertinggi universiti.
  6. Melaporkan perkembangan berkaitan KM Portal kepada Naib Canselor dari semasa ke semasa.