PELAN STRATEGIK

on .

laporan pencapaian pelan 2015 jan sep  Lagi...

Unit Perancangan Korporat (UPK) dipertanggungjawabkan untuk merancang dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik UUM 2011-2015. Pelan Strategik UUM 2011-2015 merupakan satu agenda penting bagi Universiti Utara Malaysia (UUM). Pelan Strategik ini menetapkan hala tuju UUM bagi tempoh lima tahun yang akan datang dan telah digarap berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam bidang pengurusan. Penyediaan pelan ini mengambil kira perubahan persekitaran dan implikasinya kepada UUM untuk terus unggul sebagai peneraju utama dalam bidang pengurusan selari dengan hasrat UUM untuk menjadi sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka dan seterusnya menjadi pusat rujukan dalam bidang pengurusan serantau.
Fungsi utama:

1.    Membentuk Pelan Strategik UUM.
2.    Mengukuhkan hala tuju UUM melalui perlaksanaan Pelan Strategik UUM.
3.    Menguruskan dan memantau KPI setiap teras dalam pelan strategik.
4.    Memantau kejayaan objektif strategik universiti.
5.    Menyediakan buku pelaporan pencapaian pelan strategik dan pelan tindakan UUM.
6.    Membentangkan pencapaian universiti sebanyak 4 kali setahun.
7.    Menguruskan proses pengumpulan dan pengurusan data untuk penyertaan Universiti dalam pelbagai penarafan seperti SETARA, RU, TBS, ASEAN University Network dan lain-lain.
8.    Melaporkan perkembangan berkaitan Pelan Strategik kepada Naib Canselor dari semasa ke semasa