KUMPULAN KIK UUM CEMERLANG DI KONVENSYEN KIK PERINGKAT UA KALI KE-13

on .

Kumpulan PLEXUS dari UUMIT dan Kok Holistik dari Pusat Kokurikulum tampil cemerlang dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam (UA) Kali Ke-13 apabila dua projek yang dihasilkan kumpulan tersebut mendapat penarafan emas pada konvensyen yang berlangsung selama tiga hari pada 1 hingga 3 Ogos lalu di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Taklimat Benchmarking Amalan 5S

on .

Pada 7 Jun 2017 (Isnin), satu sesi  Taklimat Benchmarking Amalan 5S  telah diadakan bertujuan untuk memberi gambaran  apa yang perlu diberi perhatian oleh  staf  IPQ bagi meningkatkan lagi fungsi Amalan 5S oleh PIC, Zon,  Jawatankuasa  Promosi, Jawatankuasa Latihan dan juga Jawatankuasa Audit ketika mengadakan Lawatan Penandaarasan Amalan 5S di Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah pada 10 Ogos 2017 (Khamis) ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah juga merupakan salah satu Jabatan yang telah mendapat Pensijilan Persekitaran Berkualiti Amalan 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

IPQ TERIMA LAWATAN DARIPADA PPPKA-UMT

on .

Seramai 15 orang delegasi daripada Pusat Perancangan, Pembangunan & Kualiti Akademik (PPPKA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan lawatan ke Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) pada 26 Julai 2017. Lawatan kerja yang diketuai oleh Pengarah PPPKA, Prof. Dr. Mohd Lazim Abdullah bertujuan untuk menimba pengalaman dan perkongsian maklumat berhubung pelaksanaan Jaminan Kualiti Akademik di UUM dan proses memperoleh status swaakreditasi.