NAIB CANSELOR PENGERUSIKAN MESYUARAT PEMBENTANGAN PENCAPAIAN 6 BULAN PERTAMA PELAN STRATEGIK UUM 2015

on .

13 Ogos - Naib Canselor, Prof Dato' Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak hari ini mempengerusikan Mesyuarat Pembentangan Pencapaian 6 Bulan Pertama Pelan Strategik Universiti Utara Malaysia (UUM) 2015 di Bilik Mesyuarat Senat, Jabatan Canselori.

Beliau dalam ucapan aluannya menekankan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan terutama dalam Pelan Strategik UUM Fasa 2 bagi merealisasikan agenda menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.

Antaranya akreditasi, pensijilan ISO 26000 - Social Responsibility, pensijilan OHSAS 18001 - Quality, Safety, Health, Environmental, Radiation, and Hygiene Management, dan pensijilan ISO 14001 - Enviromental Management Systems.

Tambah beliau lagi pihak pusat pengajian perlu meningkatkan jumlah pengambilan staf dan pelajar antarabangsa kerana pengantarabangsaan merupakan agenda penting dalam Pelan Strategik UUM selain menggiatkan kolaborasi dengan universiti-universiti antarabangsa.

Mesyuarat dianjurkan oleh Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) dan dihadiri oleh Dekan-Dekan Pusat Pengajian dan Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof Madya Dr Abdul Malek Hj Abdul Karim, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan pegawai-pegawai universiti.