WARGA IPQ PERKUKUH KEFAHAMAN PERJAWATAN

on .

Dalam memastikan kelancaran setiap proses gerak kerja warga IPQ, satu taklimat perjawatan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Institut Pengurusan Kualiti yang telah dihadiri oleh semua staf IPQ yang terdiri daripada staf pengurusan dan pelaksana. Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk mengukuhkan kefahaman tentang perjawatan bagi setiap staf IPQ.

Pengarah IPQ, Prof. Madya Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, warga IPQ perlu memahami dengan lebih jelas dan memperkukuhkan kefahaman tentang perjawatan kerana setiap staf IPQ mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam melaksakan setiap tugas yang diberikan. Ujarnya lagi, beliau berharap agar warga IPQ mempunyai disiplin dan perwatakan yang baik akan memberikan implikasi positif terhadap kualiti kerja.

Dalam taklimat tersebut, beberapa perkara dibincangkan seperti proses perjawatan, panduan bagi penjawat awam, pencen, penyambungan staf kontrak, proses kenaikan pangkat, serta cuti. Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Redzuan Ishak, Ketua Penolong Pendaftar Kanan dan Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain b Muhammad Suhaimi, Ketua Penolong Pendaftar dari Jabatan Pendaftar.

Sebagai sebuah jabatan di UUM, IPQ terus memastikan warganya terus komited untuk memperbaiki motivasi diri, memastikan komitmen dalam pekerjaan berada pada tahap tinggi dan akan memberi impak kepada warga IPQ  khususnya dan universiti amnya bagi memastikan IPQ terus memacu agenda penting universiti selaras untuk menjadikan UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka.