Pensijilan AUN-QA di UUM

on .

UUM memperoleh pensijilan AUN-QA buat pertama kalinya pada tahun 2013, melalui Pusat Pengajian Antarabangsa. Pada tahun 2015 terdapat lima (5) program yang telah mendapat Pensijilan AUN-QA melalui empat (4) Pusat Pengajian iaitu; Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dan  Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP).

AUN-QA menyediakan  garis panduan dan alat untuk mengekalkan, memperbaiki dan meningkatkan pengajaran, penyelidikan dan keseluruhan standard akademik universiti. Ini secara tidak langsung akan  membantu UUM dalam meningkatkan pengiktirafan Global sebagai sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka.