Pengenalan ASEAN QA

on .

ASEAN-QA (Projek Joint Quality Assurance Capacity Buiding)

Asean University Network (AUN) telah bekerjasama dengan ASEAN Quality Assurance Network (AQAN), European Association for Quality Assurance in Higher Education (ENQA), Southeast Asian Ministries of Education Organization Regional Institute of Higher Education and Development (SEAMEO-RIHED), University of Postdam dan German Academic Exchange Service (DAAD) dalam membangunkan Projek Joint Quality Assurance Capacity Buiding (Dialogue Meeting dan ASEAN-QA Training Course).

Secara umumnya, tujuan projek ini dilaksanakan ialah untuk mempertingkatkan jaminan quality (QA) institusi pengajian tinggi di peringkat ASEAN dan global melalui kerjasama dengan badan organisasi pengajian tinggi di Jerman.

Kebaikan Projek Joint Quality Assurance Capacity Buiding.

  1. Program ini dapat membantu meningkatkan standard kualiti dan memberi nilai tambah kepada program akademik UUM di peringkat negara melalui Malaysian Qualification Framework (MQF) dan di peringkat ASEAN melalui ASEAN-Qa.
  2. Program ini akan membantu penanda arasan amalan terbaik institusi pengajian tinggi di ASEAN dan di luar ASEAN.
  3.  Pihak university akan di nilai oleh penilai luar dari negara ASEAN dan juga Eropah.
  4. Hasil penilaian ini akan membolehkan pihak universiti mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
  5. Pensijilan ASEAN-QA untuk tempoh 4 tahun akan diberikan kepada program INTAFF jika berjaya dalam audit yang akan di laksanakan pada September 2013.
  6. Projek ini dapat membuka ruang kepada proses mobility pelajar dan staf akademik.
  7. Kehadiran wakil UUM dapat mempromosikan UUM dan Malaysia serta memperkukuhkan jaringan kerjasama di antara university di ASEAN dan university di Eropah.